Sejak kebelakangan ini, pelbagai dakwaan dimainkan oleh cybertrooper BN kononnya Johor dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun, apabila fakta sebenar diperhalusi, naratif tersebut ternyata tidak tepat.
Pertama, ada dakwaan bahawa Johor menyumbang RM40 bilion kepada Kerajaan Persekutuan tetapi hanya menerima pulangan yang kecil. Hakikatnya, jumlah sumbangan Johor kepada Kerajaan Persekutuan adalah sekitar RM14 bilion, bukannya RM40 bilion seperti yang didakwa.
Kedua, timbul pula dakwaan bahawa Johor hanya menerima RM2 bilion daripada Kerajaan Persekutuan. Fakta menunjukkan Johor menerima RM14.6 bilion di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jumlah ini meningkat sebanyak 43 peratus berbanding peruntukan sekitar RM10.2 bilion yang diterima ketika era pentadbiran Perdana Menteri daripada UMNO.
Ketiga, ada yang mengatakan RM14.6 bilion itu masih tidak mencukupi. Namun, realitinya Johor merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi di Semenanjung Malaysia. Malah, beberapa negeri lain menerima jumlah yang lebih rendah, termasuk Selangor (RM12.2 bilion), Pulau Pinang (RM7.8 bilion) dan Negeri Sembilan (RM6.0 bilion).
Keempat, tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan sering melengah-lengahkan projek Johor juga tidak berasas. Projek RTS Link, yang lama terbengkalai, kembali dipercepatkan selepas pentadbiran MADANI mengambil alih. Begitu juga projek Landasan Kempas–Pasir Gudang yang disiapkan jauh lebih pantas daripada tempoh asal yang dirancang
.
Kelima, ada dakwaan bahawa Kerajaan MADANI sekadar menyambung projek lama dan tidak membawa idea baharu untuk Johor. Hakikatnya, selain menyambung projek-projek yang tertangguh, pelbagai projek baharu telah diumumkan, antaranya:
• Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) bernilai RM10 bilion
• Hospital Sultanah Aminah 2 bernilai RM3.5 bilion
• Hospital USM di Sedili bernilai RM1 bilion
• Pembinaan 10 sekolah baharu
• Pembinaan 10 klinik kesihatan baharu
• Blok tambahan Hospital Pontian
• Program pembaikan sekolah dan klinik daif
Kesimpulannya, politik seharusnya dibina atas asas fakta, bukannya persepsi dan propaganda. Rakyat Johor berhak mengetahui keadaan sebenar: negeri ini bukan sahaja mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan, malah menerima pelbagai pelaburan dan projek pembangunan yang memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.
P/s : Johor tidak memerlukan fitnah untuk maju. Johor memerlukan fakta, kestabilan dan kerjasama demi masa depan rakyat.

No comments:
Post a Comment